Thursday, October 3, 2013

Berikan Aku Bahagia


Assalamulaikum semua. Ini, adalah cover novel terbaru saya yang berjudul Berikan Aku Bahagia. Sesiapa berminat, boleh buat tempahan awal di damya5_hanna@yahoo.com atau PM saya di FB Damya Hanna. Harga sebuah novel termasuk pos adalah RM34 (Semenanjung) dan RM38 (Sabah Sarawak). Sila sertakan bersama details seperti dibawah. Terima kasih.

Nama Penuh:
No Tel:
Alamat Rumah:
Judul Buku dan Jumlah tempahan :




Sinopsis:

Bagai tidak terhitung penderitaan yang membelenggu hidup Najma Naqiah. Namun, dia terpaksa mengharunginya sendiri sejak ibu dan ayahnya pergi menghadap ILLAHI. Kekosongan dan kesepian menjadi bayang-bayang hitam yang mengekori bila abangnya pula hilang bersama misteri.

Selama ini, soal cinta bukan perkara utama dalam kamus hidupnya. Namun, kehadiran Arsyad mencoret sejarah baru. Insiden tertumpah air kopi menjadi detik pertemuan mereka. Malah, turut menjadi punca mereka bertingkah. Pantang bersua muka, ada saja yang tidak kena. Ditambah dengan sikap loyar buruk Arsyad, selalu menimbulkan perasaan jengkel di hatinya.

Naqiah menganggap pertemuan mereka sebagai malang! Tetapi bagi Arsyad, pertemuan itu ibarat petunjuk untuknya merungkai satu perkara. Rahsia yang selama ini Naqiah tidak tahu. Dahulu, mereka pernah makan sepinggan, tidur setilam dan berkejar-kejaran di bawah langit biru. Kini, Naqiah langsung tidak ingat wajahnya. Dia bukan sengaja menyembunyikan identiti diri, tetapi dia tidak punya kekuatan untuk berterus-terang.

Akhirnya, rahsia bukan lagi rahsia. Perkara yang Arsyad sembunyikan, terbongkar jua. Hati Naqiah terluka kerana dibohongi. Berita tentang abangnya turut menambah duka. Mengapa sukar benar untuknya mengecapi bahagia?

Wednesday, February 29, 2012

TERBARU MAC 2012!!!


INGIN BERKASIH LAGI (Mac 2012)
Harga: RM25, halaman : 640
ISBN: 978-983-124-765-5


Sinopsis:

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.


p/s: Terbuka untuk belian atas talian sekarang! Diskaun 5% dari harga buku akan diberi kepada transaksi pre-order online. Untuk pertanyaan, sila emel ke damya5_hanna@yahoo.com atau PM di facebook DAMYA HANNA.

Monday, February 13, 2012

Perhatian!

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung blog Damya Hanna online. Berita baik buat anda yang teringin mendapatkan novel tulisan Damya Hanna tidak kira di mana anda berada. Sekarang, anda boleh membeli secara online terus dari Damya Hanna dan novel akan dipos menggunakan pos laju. Setiap transaksi akan dikenakan kos penghantaran mengikut berat novel yang ditempah dan kawasan. Untuk sebarang pertanyaan, boleh emelkan ke damya5_hanna@yahoo.com


Monday, July 13, 2009

Beli Novel Damya Hanna secara online...

Buat masa ini tempahan hanya boleh dibuat untuk novel yang dibawah dan terbuka untuk kawasan semenanjung Malaysia sahaja :

1. BICARA HATI - RM 18.00
2. SEPI TANPA CINTA - RM 18.00
3. SAAT CINTA BERSEMI - RM 18.00
4. RELA KUMENANTI - RM 19.90
5. SENAFAS RINDU - RM 19.90
6. TERNYATA CINTA - RM 19.90

Bagi pembeli yang bajet, terdapat juga novel-novel 2nd hand tulisan Damya Hanna yang masih kelihatan baru. Harga boleh dirunding mengikut kesesuaian jumlah yang dibeli dan tempat penghantaran.


CARA PEMBELIAN :

1. Masukkan jumlah harga buku yang dipesan ke dalam akaun yang tertera.

2. Emel tajuk novel 'Damya Hanna' yang ingin dibeli pada alamat emel damya5_hanna@yahoo.com

3. Sertakan no. rujukan pembayaran berserta nama penuh dan alamat rumah.

4. Anda akan mendapat balasan email sebaik sahaja bayaran anda diterima.

5. Penghantaran hanya akan dibuat selepas pengesahan bayaran. Tempoh penghantaran adalah 7 hari bekerja.


MAYBANK/MAYBANK2U

No. akaun : Emel untuk dapatkan nombor akaun.
Pemegang akaun : INTANSUHANA BINTI RAMLI

Sebarang pertanyaan, sila hubungi : damya5_hanna@yahoo.com
Terima Kasih.